Berita Tawau - Beratus kenderaan perjalanan KK-Tawau tersekat di laluan Kundasang-Ranau

RANAU: Beratus kenderaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah dan sebaliknya terkandas, dipercayai akibat hakisan bawah tanah, di laluan Kundasang-Ranau kira-kira satu kilometer dari pekan Kundasang.

Kejadian dipercayai berlaku mulai jam 8 malam berikutan hujan lebat sejak petang tadi, mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya lebih lima kilometer (km).



Bas ekspres dinaiki penulis dan keluarga serta kenderaan lain terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu.

Jalan berkenaan menghubungkan Kota Kinabalu dengan lapan daerah termasuk Ranau, Telupid, Tongod, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

SUMBER

Tiada ulasan