Bantuan Khusus Untuk Peniaga Sabah Terjejas [SEBELUM 15 MAC]

Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19. 


Jenis Bantuan 

Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak

Sasaran Bantuan

Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.

Kaedah Pembayaran

Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  3. Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
  4. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  5. Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
  6. Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
  7. Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
  8. Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
  9. Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.

Pemohon Harus Menyertakan dokumen sokongan berikut:

a. Salinan kad pengenalan

b. Salinan lesen perniagaan yang sah

c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik


MOHON SEKARANG

Tiada ulasan