Pengumuman i-Lestari KWSP: Ada pemohon yang tidak akan menerima wang pada awal MAC

Minggu lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beritahu orang ramai bahawa pembayaran i-Lestari yang dijadualkan dibayar pada minggu pertama bulan Mac pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada minggu akhir bulan Februari.

KWSP dalam satu pengumumannya di Facebook kata, pembayaran yang sepatutnya dibayar pada bulan Mac nanti diawalkan pada minggu akhir bulan ini.

“Untuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini. Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac nanti,”- KWSP

Untuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran pada penghujung Februari. Pembayaran awal bertujuan untuk lancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac.

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

Semakan Status iLestari

Untuk semakan status permohonan i-Lestari, sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my


Tiada ulasan