TIGA bantuan kerajaan untuk B40 yang kurang diketahui rakyat Malaysia

1. Telefon Pintar Untuk Membolehkan Pembelajaran

Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan.

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses:

Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.

40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan telefon pintar & data percuma  bagi tahun 2021:

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.
  • Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000.
  • Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn. Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan).

Dapatkan pencalon untuk calonkan anda dan anak anda. Sila Layari https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/ . Masukkan Maklumat yang diperlukan.

2. E-Kasih, bantuan yang boleh dimohon untuk keluarga yang memerlukan

Sistem eKasih 2021 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. 

Panduan Pendaftaran

  • Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi.
  • Paling mudah, anda boleh membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran;

PPN Perlis : 04-9731976

PPN Kedah : 04-7209236

PPN P.Pinang : 04-2185700

PPN Perak : 05-2497400

PPN Selangor : 03-55213600

PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61

PPN N.Sembilan : 06-7659945

PPN Melaka : 06-3333333

PPN Johor : 07-2234777

PPN Pahang : 09-5178208

PPN Terengganu : 09-6272000

PPN Kelantan : 09-7455000

PPN Sarawak : 082-446582

PPN Sabah : 088-484800


Untuk memohon eKasih 2020, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu;

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx


3. PeKa B40, bantuan yang kurang diketahui oleh orang ramai


PeKa B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut:

1. Beban Penyakit Tidak Berjangkit

47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.

2. Kesihatan Mental

3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.

3. Beban Kanser

Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah

4. Rawatan Kanser

Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

5. Kos Alat Perubatan

Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Masalah Pengangkutan

Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.

Konsep PeKa B40

  • Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.
  • Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.
  • Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.