Anda peniaga? Ini Bantuan Geran Khas Prihatin sebanyak RM1000 yang anda boleh mohon


 


Anda mempunyai perusahaan kecil? Inilah masanya untuk anda memohon insiatif bantuan PEMERKASA yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini. Bantuan ini digelar Bantuan Geran Prihatin (GKP) 3.0 yang akan di bayar secara (ON-OFF) kepada mana-mana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran, perkhidmatan serta merancakkan lagi ekonomi negara. 

Dalam siri Geran Prihatin 3.0 ini anda berpeluang untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM1000 secara one-off mengikut syarat-syarat kelayakan yang akan diberikan dibawah. Sila baca dengan teliti sebelum memohon. 




BANTUAN YANG AKAN DIBERIKAN

RM 1000 secara “One-Off” 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Merupakan warganegara Malaysia 
  2. Anda perlu membuat permohonan baharu untuk memohon Geran 3.0 ini. 
  3. Anda BUKANLAH penerima Geran Prihatin 1.0 ATAU Geran Prihatin 2.0 ATAU GKP RAYUAN
  4. Aktif dalam perniagaan 
  5. Perlu perolehi jumlah keuntungan KURANG DARI RM 300,000 setahun. 
  6. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  7. Perlu membuat semakan silang data melalui mereka yang dilantik oleh MOF

TARIKH PERMOHONAN BAGI GERAN PRIHATIN 3.0

1 APRIL 2021 (KHAMIS) 


CARA-CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang telah melepasi syarat-syarat kelayakan di atas, anda bolehlah melayari laman web di bawah dan mula membuat permohonan apabila tarikh permohonan sudah dibuka:- 



*Permohonan ini hanya dibuka melalui talian online sahaja!


INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini, urusan anda akan dipermudahkan dan dapat memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan bantuan kerajaan ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak