Bantuan baru kerajaan untuk mereka yang BERNIAGA ONLINE akan diumumkan, ini perkembangan terbaru

Bagi mereka yang berniaga secara digital, sudah tentu mereka tertanya-tanya tentang bentuk bantuan yang mungkin akan diberikan kepada mereka. Nampaknya kerajaan akan perkenalkan satu bentuk bantuan yang baru pada masa hadapan.

Beberapa hari lepas kerajaan ada umumkan untuk tambah inisiatif sedia ada yang dikenali MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1,000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima berkelayakan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata inisiatif ni adalah suntikan modal perniagaan untuk bidang e-dagang ataupun dropship.

Langkah ini diambil untuk menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik COVID-19.

“Beberapa kemudahan sudah diumumkan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PERMAI serta Belanjawan 2021 yang memberi faedah secara langsung kepada wanita. Baru-baru ini, saya juga melancarkan MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang memberi manfaat serba inklusif, dapat dirasai lebih ramai termasuklah usahawan wanita di gerai kecil, yang kini sudah berpeluang untuk memasarkan produknya dengan lebih meluas dengan bantuan teknologi,” katanya.

Katanya ketika rasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang berlangsung secara maya di laman Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalannya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Muhyiddin kata, kerajaan juga akan menubuhkan Skuad WAJA yang dibentuk melalui penyertaan komuniti wanita. Semoga bantuan seperti ini akan diperbanyakkan kerana ramai yang sedang kehilangan kerja dan mula berniaga online di Internet. 

Sumber: Harian Metro