Bantuan kanak-kanak sehingga RM1000 sebulan, ini kaedah untuk memohon



Memandangkan anak-anak dah mula bersekolah pada minggu ini. Ibu bapa ataupun penjaga yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan kanak-kanak ini untuk membuat persiapan persekolahan. 

Bantuan kanak-kanak ini membolehkan anda memperolehi bantuan minima RM200 dan maksimum RM1000 sebulan. Sebelum membuat permohonan, anda perlu meneliti syarat dan kriteria yang diberikan di bawah:- 

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang didapati adalah minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

 

TUJUAN BANTUAN KANAK-KANAK 

1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak kanak-kanak atau membantu anak

2. Pelihara dan kukuhkan institusi keluarga termasuk kasih sayang dan perhatian.

3. Memelihara dan membantu anak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup 

4. Kanak-kanak dapat berkembang dan membesar dengan baik.

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS

 Sila teliti terlebih dahulu kelayakan dan syarat sebelum membuat permohonan:-

1. Para pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

4. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah. tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per-Kapita Semasa. 

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang berkelayakan, bolehlah membuat permohonan melalui  laman web di bawah ini:- 

Laman Login (jkm.gov.my)

ATAU

untuk keterangan lanjut anda boleh klik di sini bagi mendapatkan info terkini bagi bantuan tersebut. 

Semoga dengan adanya bantuan ini, para ibu bapa dan penjaga dapat mengurangkan beban kewangan dalam mengharungi cabaran membesarkan anak-anak ketika pandemik Covid-19 berlaku. Semoga ianya juga dapat membentuk generasi  yang lebih berkualiti pada masa hadapan. 

Apapun, jangan lupa sebarkan bantuan ini kepada rakan-rakan dan mereka yang memerlukan!

Tiada ulasan