Jawatan Guru Ganti Daerah Bangsar/Pudu kini dibuka. Lepasan SPM pun boleh mohon

Anda merupakan warganegara Malaysia dan berminat untuk mengajar? Kini, terdapat pengambilan guru ganti di bawah inisiatif Short-Term Employment 2021 (Personel MySTEP) dengan gaji yang lumayan. Program ini terbuka bagi mereka yang menetapi syarat-syarat yang berikut. 

Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan ini. 

JAWATAN 

Jawatan : Guru ganti MyStep 

AGENSI DAN KUMPULAN BERTUGAS

Agensi         : Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu 

Kumpulan     : Pengurusan dan Profesional (Guru Ganti)

KADAR UPAH

Kadar upah ataupun gaji adalah mengikut output tugas. Kadar bayaran upah akan ditentukan melalui hasil  kerja yang dicapai oleh Guru Ganti MyStep berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut : – 

Ijazah                             : RM2,000.00  

Diploma/ STPM/ STAM : RM1,800.00  

SPM/ SPMV : RM1,600.00  



KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT
a) Warganegara Malaysia.  

b) Sihat tubuh badan. 


c) Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
 
d) Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa  Malaysia di peringkat SPM.  

e) Sekurang-kurangnya Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

f) Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam / Bahasa Arab : Kepujian  Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi. 

g) Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
 
h) Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).  

TUGASAN 

a) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.  
b) Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.  
c) Terlibat dengan aktiviti Kokurikulum.  
d) Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah. 

CARA PERMOHONAN

Sila baca dengan teliti cara-cara permohan di bawah untuk mengelakkan permohonan anda ditolak:- 

a) Cetak dan lengkapkan borang Maklumat Guru Ganti Secara Personel MyStep,  KPM
( LAMPIRAN B ).  

b) Sertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan  surat kelahiran dan salinan kelayakan akademik yang disahkan oleh Pegawai  Kerajaan Kumpulan A. 
 
c) Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke :  

Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu 
143 Jalan Hang Jebat 
50150 Kuala Lumpur 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

26 Mac 2021 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

INFO TAMBAHAN

Sebarang pertanyaan berhubung pengambilan ini boleh menghubungi :- 

  • Sektor Pengurusan, PPDBP di talian 03-2070 4203 ( En Muhamad Soffi bin Mahamud) atau  Sektor Pengurusan Sekolah, PPDBP di talian 03-2070 4212 (Puan Husna binti Abdul Hamid)


Semoga terus maju jaya dalam mengejar cita-cita untuk mendidik anak bangsa. Jangan pernah putus dan terus mencuba. Sila sebarkan iklan ini kepada rakan-rakan sementara menunggu masa untuk sambung belajar dan menunggu kerjaya impian anda!

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak