Pelbagai Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah dibuka. Minima SPM pun boleh mohon!

 


Berita gembira untuk mereka yang berminat menyertai pasukan Universiti Malaysia Sabah. Kini, UMS telah membuka pelbagai kekosongan peluang pekerjaan kepada mereka yang layak dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Gaji dan imbuhan yang disediakan juga cukup lumayan. 

Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan segera mohon jawatan-jawatan yang disenaraikan dibawah mengikut syarat dan cara permohonan yang betul. 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • JURUUKUR (J41) 
  • ARKITEK LANDSKAP (J41)
  • PEGAWAI PENYELIDIK (Q41,Q43,Q47,Q51,Q53)
  • PENOLONG PEGAWAI LAUT (A29)
  • PEMBANTU LAUT (A19) 
  • PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (A19)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup permohonan 
  3. Mempunyai kelayakan dari segi akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan, mengikut gred jawatan yang dipohon. 
  4. Rujukan lebih teliti mengenai syarat-syarat kelayakan akademik boleh disemak di laman web di bahagian cara memohon. 

CARA MEMOHON

Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di atas, anda bolehlah membuat permohonan secara on-line di laman web dibawah:- 

LAMAN WEB PERMOHONAN JAWATAN UMS


*Bagi mereka yang belum mempunyai akaun pendaftaran, anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu. 
*Masukkan maklumat yang sahih dan tepat.
*Sebarang pemalsuan maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak dan anda mungkin akan disenaraihitamkan dari memohon sebarang jawatan lagi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

5 April 2021 (Isnin)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya. 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak


Tiada ulasan