Telekom Malaysia buka 17 jawatan kosong dengan gaji dan insentif menarik. Ini cara untuk mohon

Masih belum ada kerja? Tahukan anda, terdapat 17 jawatan kosong di Telekom Malaysia sedia untuk di isi oleh Warganegara Malaysia. Permohonan kekosongan jawatan ini akan di buka sehingga 7 MAC 2021.  Terdapat pelbagai insentif dan keistimewaan disediakan oleh syarikat gergasi ini jika anda berjaya mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Hah, tunggu apa lagi! Kalau anda berminat dan melepasi syarat-syarat kelayakan jawatan, bolehlah memohon jawatan mengikut ketetapan di bawah. 

SENARAI JAWATAN KOSONG DI TELEKOM MALAYSIA

Berikut merupakan jawatan kosong yang di buka:- 

1. Assistant Manager – Associate Solution Consultant Government
2. Assistant Manager AM MESTEC/JPA
3. Assistant Manager Business Consulting & Development
4. Assistant Manager Demand Forecast Management
5. Assistant Manager Enterprise (Outbound)
6. Assistant Manager Fault Management (Shift)
7. Assistant Manager PMO 3 Gov*Net Implementation
8. Assistant Manager Premium Account


9. Assistant Manager Technical & Configuration
10. Assistant Manager Technology Engineer Cloud Services
11. Assistant Manager Wilayah Sarawak Barat (Sibu)
12. Assistant Manager GIS Application Development
13. Manager AM KPLB
14. Manager Solution Consultant Enterprise
15. Manager Solution Consultant Government
16. Resident Engineer 1 PCN
17. TM Executive Leadership Industrial Training (TM ELIT)

Lokasi dan insentif

Lokasi  : Pelbagai negeri
Taraf    : Kontrak/Tetap
Gaji      : Lumayan + Bonus

Tarikh tutup permohonan

7 MAC 2021 (AHAD)

Dah baca dan berminat? Jom tengok syarat-syarat pengisian jawatan kosong dan cara untuk memohon di bawah. 

Syarat-syarat permohonan

1. Anda perlulah berwarganegara Malaysia.
2. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan sesuai dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, bolehlah rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara permohonan 

1. Segala permohonan hanya boleh dimohon secara atas talian iaitu di laman web TM Career 
2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web TM career sebelum melakukan permohonan. 
3. Hanya maklumat yang sahih dan lengkap sahaja akan diterima oleh pihak TM Career. 
4. Anda juga perlu memuat naik resume terkini di laman web TM Career 
5. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan mereka yang tidak dapat sebarang jawapan lebih dari 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.
6. Untuk sebarang keterangan lanjut, anda boleh membuat semakan terperinci di laman web TM Career. 

Semoga dengan segala usaha dan doa anda, anda boleh mencapai cita-cita yang diinginkan. Ingatlah, orang yang berjaya adalah orang selalu cuba dan mencuba. Semoga berjaya anak muda! 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak