Peluang Kerjaya di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Ijazah Sarjana Muda tanpa pendidikan pun boleh apply!

 

Berita gembira kepada mereka yang berminat menjadi seorang pensyarah walaupun tanpa ijazah pendidikan. Kini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ada membuka beberapa peluang kepada jurusan-jurusan berikut untuk bersama-sama mengisi kekosongan untuk mencapai impian menjadi pensyarah. Wah, bukan senang nak ada peluang sebegini ni. 

Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan tersebut, anda bolehlah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GREDH41

BIDANG YANG DIPERLUKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam 
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah 
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin 
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam 


PENEMPATAN

Sarawak 

GAJI 

RM2,289.73

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut: 
(a)Warganegara Malaysia; 
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan. 

*Menepati syarat-syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan oleh SPP, sila rujuk pada portal di bawah:- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK SPP

CARA-CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah diberikan. Anda bolehlah membuat permohonan secara atas talian dengan menekan portal di bawah:- 


*Sila daftar akaun terlebih dahulu, jika anda tidak mempunyai akaun lagi. 
*Isi maklumat dengan sahih dan tepat 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

15 APRIL 2021 (KHAMIS) 


INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak