16 Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pelbagai TARAF AKADEMIK. Lihat cara permohonan disini!

 


Terkini, UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA mempelawa semua warganegara yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dibuka untuk mereka yang berminat.

 Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan bolehlah memohon jawatan yang dikemukakan sebelum tarikh permohonan tutup. Sebelum itu, marilah teliti terlebih dahulu maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah. 

Jangan lupa untuk mengikuti segala peraturan apabila membuat permohonan. 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Jawatan Kosong Akademik

  • Pensyarah
    Universiti Gred
    DS51/DS53/
    VK7
  • Pensyarah
    Perubatan Gred
    DU51/DU53/DU55/
    VK7

Jawatan Kosong Bukan Akademik

  • Pegawai Perubatan Gred UD43
  • Jurutera Gred J41
    (Kontrak)
  • Pegawai Tadbir Gred N41
    (Kontrak)
  • Pustakawan Gred S41
    (Kontrak / Tetap)
  • Penolong Pegawai Sains Gred C29
    (Kontrak / Tetap)
  •  Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
    (Kontrak / Tetap)
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
    (Kontrak)
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
    (Kontrak)
  • Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
    (Tetap)
  • Jurufotografi/ Juruvideo Gred B19
    (Kontrak)
  • Pembantu Keselamatan Gred KP19
    (Kontrak)
  • Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
    (Tetap)
  • Pengawal Keselamatan Gred KP11
    (Kontrak)

GAJI 

Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai sijil SPM/DIPLOMA/IJAZAH/MASTER/PHD dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 
  • Profesional dalam menjalankan kerja. 
  • Bertanggungjawab. 
  • Menepati syarat-syarat akademik yang telah diberikan oleh UPNM. 

Berikut merupakan syarat-syarat akademik bagi jawatan-jawatan yang tersebut:- 


SYARAT-SYARAT AKADEMIK BAGI JAWATAN UPNM


CARA PERMOHONAN

  • Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. 
  • Sila daftar login anda di alamat:
    http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda
    secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan
    pada hari temuduga.
  • Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau
    Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan
    mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan
    yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas. 
  • Bagi permohonan untuk jawatan akademik, pemohon juga perlu mengisi Borang
    Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001). Borang tersebut boleh di dapati
    di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my . Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan
    bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
    (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:-

  1. Resume terkini 
  2. Kad Pengenalan 
  3. Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD) 
  4. Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO 
  5. Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri) 
  6. Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
    Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah diposkan ke alamat seperti berikut:- 
Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

  • Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. 
  • Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga. 

PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

  • Jawatan Bukan AkademikPuan Zaishamsuria Binti Samsudin / Puan Norashikin binti
    Yusoff melalui telefon 03-90513400 samb 3405/4566/4585 atau emel: [email protected] /
    [email protected]

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 MEI 2021 (JUMAAT)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak