BANTUAN BULANAN Jabatan Kebajikan Masyarakat bakal dinaikkan ke RM1000. Ini senarai bantuan yang boleh dimohon
Sukacitanya dimaklumkan beberapa bulan lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ada mengusulkan bahawa bantuan bulanan bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dinaikkan dari RM200/RM300 ke RM1000 sebulan.
SENARAI BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
- Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
CARA MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
MUAT TURUN BORANG
Anda juga boleh memuat turun borang-borang permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah untuk permohonan secara manual.
Klik untuk memuat turun borang kebajikan tersebut:-
JKM18 BORANG PERMOHONAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
JKM20 BORANG KEMASKINI MAKLUMAT/BORANG KAJI SEMULA
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk memohon bantuan. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak
Catat Ulasan
0 Ulasan