283 Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (MAMPU). Gaji RM2315.00 – RM9618.00

 

Berita gembira buat graduan Ijazah Pengurusan dan Profesional, Teknologi Maklumat, kini Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) membuka lebih 200 jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 untuk diisi bagi mereka yang berminat. Oleh itu, kepada anda yang berkelayakan, menepati syarat-syarat yang telah diberikan. 

Bolehlah teliti maklumat di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 


KEKOSONGAN JAWATAN

Kekosongan : 133 
Simpanan     : 150 

GAJI 

RM2315.00 – RM9618.00
Kenaikan tahunan : RM225.00 

DESKRIPSI TUGASAN

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan 
  • Profesional dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi. 

CARA-CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

4 JULAI 2021 (AHAD) 

 INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak