Tahukah Anda Boleh Mohon Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan? Ini Caranya!

Tahukah anda, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada memberikan bantuan deposit rumah dan sewa bulan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Bagi mereka yang terjejas pendapatannya semenjak Covid-19 ini, anda bolehlah menghantarkan permohonan bantuan deposit sewa rumah bulanan ini kepad MAIWP.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon bantuan deposit rumah dan sewa bulanan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Syarat Permohonan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang wajib anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Beragama Islam
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira DI SINI)


Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:
1. Borang permohonan.
2. Satu keping gambar pemohon berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
3. Satu salinan kad pengenalan:
  • Pemohon
  • Suami
  • Isteri
  • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Untuk anak angkat pula, anda perlu sertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan – klik DI SINI)


4. Satu salinan penyata pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan – klik DI SINI)
  • Bagi mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
8. Sati salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.

Dokumen Lain (Sekiranya Diperlukan)

Cara Menghantar Permohonan

Segala borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan segala dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan anda perlu menghadirkan diri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP – rujuk DI SINI

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.