BPR 3.0 : Maklumat dan Cara Permohonan/Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 3.0


 Kelmarin, Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan bahawa terdapatnya Bantuan Prihatin Rakyat sempena Total Lockdown di Malaysia. Seperti bulan lalu, pasti anda semua ternanti-nantikan bantuan ini agar dapat meringankan beban dalam menghadapi cabaran komitmen ketika musim pandemik ini. Namun apakah komen anda mengenai bantuan ini? 

Sebelum itu, marilah kita teliti, maklumat dan cara permohonan BPR di bawah :- 

MAKLUMAT BPR 3.0

Berikut merupakan maklumat mengenai tambahan Bantuan Prihatin Rakyat 3.0  yang diumumkan oleh Perdana Menteri :- 

  • Bantuan RM100 untuk mereka yang berstatus bujang 
  • Isi rumah yang berpendapatan RM2501 - RM5000 akan menerima RM300 
  • Isu rumah yang berpendapatan RM2500 dan ke bawah akan menerima RM500

PERMOHONAN BPR 3.0

  • Bagi mereka yang telah menerima BPR 1.0 dan BPR 2.0, anda tidak perlu untuk mengemaskini profil, kerana bantuan akan terus disalurkan ke akaun anda. 

TARIKH PENGKREDITAN BPR 3.0

Mengikut Perdana Menteri Malaysia, pengkreditan bagi bantuan ini akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun nanti. Mari sama-sama kita nantikan pengumuman yang seterusnya! 

*Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, kami akan kemaskini maklumat yang seterusnya dengan serta merta.

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan maklumat kepada anda. Akhir kata, apakah pandangan anda mengenai bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kelmarin? Apa ulasan anda? 

Apapun, permintaan kami agar sebarkan info maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan