Jom Daftar MyVac – Sukarelawan Vaksin

Dalam menbendung penularan Covid-19 dinegara ini, vaksinasi dilihat sebagai jalan keluar bagi keadaan pandemik yang dialami oleh negara. Program Vaksinasi Kebangsaan diadakan bagi memastikan penduduk mendapat vaksinasi bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok. 


Terdapat banyak pusat vaksinasi diwujudkan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Dengan itu, bagi membantu melancarkan program vaksinasi yang dijalankan, satu program sukarelawan dilaksanakan bagi membantu pejuang kesihatan dalam menjalankan program vaksinasi. 


Ketahui MyVac

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.

Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Cara Daftar MyVac

Kepada rakyat Malaysia yang ingin bersama membantu negara dalam menjalankan program vaksinasi, ikuti panduan dibawah untuk membuat pendaftaran sebagai sukarelawan vaksin.

Panduan Untuk Pendaftaran MyVac :

Langkah 1

  • Daftar diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda
  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
Langkah 2 

  • Serahkan semua borang
  • Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
  • Terima Kit Sukarelawan anda
Langkah 3

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin

Untuk Pendaftaran Sukarelawan – Sila Klik Disini

Deskripsi Tugas Sukarelawan 

  • Membuat saringan suhu dan gejala
  • Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
  • Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
  • Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
  • Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
  • Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi
Diharapkan dengan penglibatan daripada Rakyat Malaysia sebagai sukarelawan, dapat membantu membendung penularan kes Covid-19 dinegara kita sekaligus menjadikan keadaan kembali normal seperi