Seperti yang sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengeluarkan hebahan bahawa terdapat inisiatif bantuan yang dikeluarkan untuk para belia. Bantuan ini merupakan bantuan E-Tunai bernilai RM150 yang boleh ditebus di aplikasi-aplikasi tertentu seperti Shopee, Boost, TouchNGo, dan BigPay. 

Tentu ada antara kalian yang masih belum menebus bantuan E-Tunai ni kan? Jika belum, anda memang rugi besar kerana banyak benda yang boleh anda beli di aplikasi tersebut dengan menggunakan E-Tunai RM150.00 tersebut. 

Oleh itu, disini kami ingin menerangkan cara-cara untuk menebus E-Tunai RM150.00 melalui aplikasi-aplikasi tertentu, terutamanya Shoppee. 

SYARAT-SYARAT UNTUK TEBUS E-TUNAI 

  • Warganegara Malaysia. 
  • Berumur 18 tahun hingga 20 tahun sahaja. 
  • Merupakan pelajar Institut Pengajian Awam (IPT)

CARA-CARA UNTUK MENEBUS E-TUNAI 

  • Muat turun aplikasi anda di telefon pintar (Shoppe, Boost, TouchNgo ataupun Bigpay) 
  • Tekan paparan yang memperlihatkan mengenai e-belia 
  • Contohnya, jika anda mempunyai aplikasi Shoppee , anda hanya perlu menekan punat ini untuk menebus E-Tunai anda;- 


  • Kemudian, sahkan nombor kad pengenalan anda mengikut tatacara yang diberikan oleh aplikasi. 
  • Jika anda telah sahkan nombor kad pengenalan, permohonan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. 
  • Seterusnya, jika layak, anda akan menerima notifikasi pengkreditan e-tunai di e-dompet anda. 
  • Semoga membantu! 

TARIKH AKHIR PENEBUSAN E-BELIA

Penebusan E-belia ini boleh dilakukan bermula 1 Jun 2021 - 22 Julai 2021. 

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan untuk menebus bantuan E-Wallet anda. Mudah-mudahan ianya dapat membantu anda dalam mendepani komitmen semasa pandemik ini.  Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak