Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP) : Bantuan Tambahan RM1000 untuk peniaga. Ini tarikh pengkreditan bantuan
Berita gembira buat warganegara Malaysia yang sedang berniaga, bulan Jun ini penambahan RM1000 secara on-off akan dilakukan untuk meringankan beban peniaga serta menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Bantuan kerajaan ini juga menggalakkan perkembangan perniagaan dan mengurangkan beban peniaga ketika tempoh pandemik berlangsung.
Oleh itu, sebelum memohon, marilah lihat maklumat, syarat dan tatacara permohonan GKP 3.0 di bawah:-
APAKAH GKP 3.0?
GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 3.0?
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 : RM1,000 (One-Off)
- Lulus permohonan baharu GKP 3.0 : RM1,000 (One-Off)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 3.0
Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:-
a. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA PERMOHONAN GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my).
- Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.
TARIKH PERMOHONAN GKP 3.0
TARIKH PENGKREDITAN GKP 3.0
MAKLUMAT LANJUT/PERTANYAAN MENGENAI GKP 3.0
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan info terkini kepada anda. Mudah-mudahan bantuan GKP 3.0 akan meringankan beban dan dapat memperkembangkan perniagaan anda. Terus berusaha dan maju jaya!
Catat Ulasan
0 Ulasan