Pakej bantuan tambahan rakyat? Kerajaan kaji dengan lebih teliti bantuan tambahan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan    Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan lebih teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat.


Tambahnya lagi, kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.


Mengulas lebih lanjut, katanya  kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat. Bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan,
"Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat)." Katanya ketika ditemu bula oleh Bernama TV.


Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.



Mustapa menjelaskan setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.


Sumber: Bernama & Berita Harian

Catat Ulasan

0 Ulasan