PEMULIH : Diskaun bil elektrik 5% hingga 40% selama tiga bulan

 

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemberian  diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. 



DISKAUN SEBANYAK 40% PENGGUNAAN BAWAH 200 KILOWAT JAM SEBULAN

Antaranya diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

BERKUATKUASA TEMPOH TIGA BULAN MULAI BULAN JULAI 2021

Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.



MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai potongan diskaun ini, anda bolehlah melayari portal kawalan elektrik di bawah mengikut negeri:- 



Tenaga Nasional Berhad: https://www.tnb.com.my/
Sarawak Energy             : https://www.sarawakenergy.com/
Sabah Electricity (SESB) : https://ocs.sesb.com.my/?m=logme


Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengetahui info semasa mengenai PEMULIH. Terus berusaha dan maju jaya!




Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak


LIHAT JUGA ; PEMULIH: BANTUAN KEHILANGAN KERJA RM500