PEMULIH: Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP Sehingga RM5,000 Seorang

Berita baik buat anda semua kerana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja memperkenalkan kemudahan baharu yang dikenali sebagai i-Citra bagi tujuan meringankan beban kewangan yang dialami para pencarum lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini. 

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan i-Citra ini. Semoga bermanfat untuk anda semua.  

APA ITU i-CITRA?

Untuk makluman anda, i-Citra adalah merupakan sebuah lagi program baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan membantu meringankan beban kewangan para pencarum. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, melalui program i-Citra ini seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh melakukan pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan bagi tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

Pelaksanaan i-Citra dijangka akan dapat menyalurkan RM30 bilion kepada golongan rakyat untuk menampung keperluan harian. 

CARA MEMOHON

Para pencarum boleh mula melakukan permohonan kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) bermula pada 15 Julai ini dan bayaran akan mula disalurkan bermula pada bulan Ogos 2021 ini. 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pengeluaran i-Citra

  • Ahli boleh keluarkan sehingga RM5,000
  • Dengan kadar bayaran RM1,000 sebulan 
Selain itu, melalui pengunguman khas tadi juga Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan tambahan bayaran kepada  Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 yang akan dibayar bermula pada bulan September nanti termasuklah ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara kesuluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah sebanyak RM4.9 bilion. 
SOALAN LAZIM

Berapakah jumlah i-Citra KWSP yang boleh dikeluarkan?

Ahli KWSP boleh mengeluarkan sehingga RM5,000.

Adakah i-Citra ini sama dengan i-Sinar?

Tidak. i-Sinar telah pun tamat pada bulan Jun 2021. Namun, kerajaan telah memperkenalkan program baharu iaitu i-Citra.

Bagaimanakah cara untuk memohon i-Citra?

i-Citra kini boleh dimohon di portal rasmi kerajaan bermula pada 15 Julai ini.