Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22. Lihat cara permohonan di sini!

 


Berita gembira buat mereka yang ingin menceburi bidang dalam dunia perajurit. Kini, bahagian Tentera Laut Diraja Malaysia membuka peluang kemasukan bagi siri 223/22. Kemasukan ini khas untuk warganegara yang berminat dan berkelayakan. Gaji dan elaun yang ditawarkan turut menarik walaupun anda mempunyai minima kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Oleh itu, tunggu apa lagi? Lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan serta cara memohon di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia, Siri 223/22 

GAJI & ELAUN

Berikut merupaka gaji & elaun berdasarkan portal TLDM; 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Semua calon-calon warganegara Malaysia, Lelaki & Perempuan 
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 28 Februari 2022 
  • Lepasan SPM dan SVM - Lelaki dan Wanita 
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta - Lelaki sahaja 
  • Taraf perkahwinan - Bujang (Tidak pernah berkahwin) 
  • Pemohon hendaklah bebas dari jenayah/juvana/dadah 
  • Menepati syarat-syarat akademik yang telah ditetapkan oleh TLDM :- 


  • Menepati syarat-syarat taraf kesihatan/fizikal yang telah ditetapkan oleh TLDM :- 

  • Mereka yang mempunyai sijil kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum, dan mempunyai kelebihan berenang akan diberikan keutamaan. Keutamaan juga diberikan kepada atlit yang mewakili Negeri dan Negara. 

CARA PERMOHONAN

  • Pemohon perlu mengimbas QR CODE untuk mendaftar maklumat awal. 
  • Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM. 
  • Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima borang permohonan memasuki perkhidmatan TLDM melalui email yang di daftarkan pada 5 Julai 2021. 
  • Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang. 
  • Pemohon yang LULUS/GAGAL akan diberitahu melalui e-mail. 
  • Pemohon yang berjaya perlu melapor diri ke pusat pemilihan berdasarkan lokasi yang dipilih. 
  • Pemohon hanya perlu mendaftar sekali sahaja. 
  • Tiada permohonan secara WALK IN, hanya atas talian/online sahaja. 

Berikut merupakan QR CODE yang perlu diimbas bagi membuat permohonan TLDM;- 



TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN

11 JUN 2021 hingga 2 JULAI 2021

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh emelkan/hubungi persoalan/masalah kepada:- 


Email:- pengambilantldm@navy.mil.my 
Nombor telefon:-  0192104163

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Catat Ulasan

0 Ulasan