13 Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UITM). Gaji RM2529.00 - RM9643.00
Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA ada membuka peluang pekerjaan dan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran dan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.
Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan UITM SABAH, marilah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Jurutera J41
- Penolong Pegawai Perubatan U29
- Penolong Pegawai Keselamatan KP29
- Pembantu Belia dan Sukan S19
- Pembantu Tadbir Kewangan W19
- Pembantu Pustakawan S19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
- Pembantu Makmal C19
- Pemandu Kenderaan H11
- Profesor VK7
- Profeser Madya DM53
- Pensyarah Kanan DM51
- Pensyarah DM45
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Merupakan warganegara Malaysia berstatus bumiputera
- Memiliki kelayakan sijil yang sesuai berdasarkan jawatan yang dimohon
- Berkaliber, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Mematuhi syarat-syarat akademik/fizikal yang telah ditetapkan oleh UITM
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;
- Kad Pengenalan
- Sijil
- Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
- Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan
Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Sila tekan untuk memuat turun borang permohonan:-
BORANG PERMOHONAN JAWATAN UITM SABAH 2021
Catat Ulasan
0 Ulasan