302 Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi pemilik SPM/SVM/SKM. Semak maklumat disini!


Anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia? Masih mencari pekerjaan yang sesuai dan kukuh? Kini, Kementerian Kerja Raya Malaysia ada membuka lebih 300 kekosongan jawatan untuk jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19

Oleh itu bagi adik-adik dan  warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai pasukan Kementerian Kerja Raya Malaysia, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan di bawah:- 

MAKLUMAT JAWATAN

Pembantu Kemahiran Gred H19 


GAJI

RM1377.00 – RM4052.00 

Kenaikan tahunan : RM100.00


KEKOSONGAN

Kekosongan : 152 
Simpanan     : 150 

DESKRIPSI TUGASAN

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu:- 

  • Memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi, dan;
  • Menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia/ Sijil Kemahiran Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1 OGOS 2021 (AHAD) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

1 thought on “302 Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi pemilik SPM/SVM/SKM. Semak maklumat disini!”

  1. Saya sudah pernah apply sejak bapa saya Masih berkerja dengan JKR sampai hari ni da masuk 4 tahun tiada response.

Comments are closed.