Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000


Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda masih boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sebelum ini RM450 dinaikkan sehingga RM1000.

Berikut merupakan jumlah bantuan bagi BKK lama dan BKK tahun 2021:


Jumlah BKK Lama
  1. Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100
  2. Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.

Jumlah BKK 2021
  1. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan menerima RM150 sebulan seorang
  2. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan menerima RM200 sebulan seorang
  3. Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi satu keluarga

Syarat Kelayakan 

Berikut adalah syarat untuk memohon BKK 2021:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021 :-

  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Cetak Borang Permohonan.
  3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.