Permohonan Bantuan Khairat Kematian COVID-19 RM1,000


Khairat Kematian COVID-19 Kita Selangor merupakan inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 yang diberikan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia pada tahun 2021 bagi membantu meringankan beban mereka.


Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM1,000 bagi setiap waris atau keluarga terdekat dan Kerajaan Negeri mengutamakan waris terdekat seperti berikut:

  1. Jika sudah berkahwin: suami atau isteri si mati
  2. Jika belum berkahwin: ibu bapa si mati atau adik-beradik sekiranya ibu bapa uzur
  3. Ibu / bapa tunggal: ibu bapa si mati atau anak berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk bantuan khairat kematian akan dibuka bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 ataupun sehingga peruntukan inisiatif ini habis.


Cara Membuat Permohonan 

Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat melalui https://www.selangorprihatin.com/
  2. Semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan hendaklah benar, sahih dan tepat. Kerajaan Negeri berhak untuk membatalkan permohonan sekiranya didapati melanggar syarat permohonan.

Kaedah Pembayaran

Bantuan ini akan dkreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya permohonan yang dtierima adalah lengkap.


Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon dan si mati merupakaan anak kelahiran Selangor dan menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih dari 10 tahun.
  3. Disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 oleh hospital / klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di Selangor
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  6. Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
  7. Bantuan ini terhad kepada 1,500 orang sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi talian hotline di 1-800-22-6600

Tiada ulasan