Cara Memohon Bantuan Hilang Pekerjaan RM300 Tahun 2021



Berita baik bagi mereka yang kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tahun ini dan tinggal di Negeri Sembilan, anda dialu-alukan untuk memohon Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP). 


Untuk makluman, BKP adalah merupakan sebuah inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan. Tujuan utama BKP Negeri Sembilan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat di Negeri Sembilan yang telah kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan PKP pada tahun ini. 


TARIKH PERMOHONAN


Permohonan BKP Negeri Sembilan telah dibuka mulai 30 Jun & ditutup pada 30 Julai 2021 yang boleh dilakukan secara atas talian. 


KADAR BANTUAN


Para pemohon yang layak untuk menerima bantuan ini akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300. Bayaran tersebut akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan anda. 


SYARAT PERMOHONAN


Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon BKP Negeri Sembilan adalah seperti berikut: 

  1. Para pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021. 
  2. Pemohon mestilah belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan. 

DOKUMEN SOKONGAN

Para pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan apabila anda memohon seperti di bawah beikut: 
  • Salinan kad pengenalan pemohon bantuan.
  • Salinan sijil nikah / cerai / kematian (mana-mana yang berkaitan) 
  • Surat pemberhentian kerja dari majikan anda. 
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun anda. 

Kerajaan negeri berhak untuk memutuskan bantuan ini berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan ataupun menolak permohonan yang tidak menepati segala syarat yang telah ditetapkan. 

CARA MEMOHON

Bagi memohoh BKP Negeri Sembilan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Sila layari laman web https://www.n9.digital/create_account atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store melalui telefon pintar anda. 
  • Sila isi maklumat pada bahagian 'Daftar Untuk Memohon' & klik pada butang 'Hantar'.
  • Pemohon akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda & masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya. 
  • Muat naik gambar peribadi anda.
  • Isi maklumat peribadi anda & juga pasangan serta tanggungan anda. 
  • Kemudian, anda akan dipaparkan dengan bahagian 'Bantuan Kehilangan Pekerjaan'.
  • Boleh klik pada kotak bantuan tersebut & klik pada butang 'Hantar'.
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan untuk bantuan ini. 
  • Sila klik pada butang 'Hantar' untuk menghantar permohonan. 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan Bantuan Kehilangan Pekerjaan Negeri Sembilan, anda boleh layari di laman web https://www.ns.gov.my/



Tiada ulasan