Cara permohonan bantuan makanan RM100 selama tiga bulan


Bagi mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19, anda boleh membuat permohonan bantuan pembelian makanan bernilai RM100 melalui kad pengenalan anda. Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

 Program ini merupakan inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat, MyKasih, Yayasan Hasanah dan dibawah program PEMERKASA. Oleh itu bagi sesiapa yang berminat dan ingin menebus bantuan ini, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat dan cara permohonan di bawah :- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Maklumat diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sistem E-Kasih.
  • Selepas itu, maklumat diproses dan akan diberikan kepada data Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) .
  • Melalui semakan ini, setiap isi rumah ketua keluarga akan dikreditkan elaun menggunakan MyKad.
  • Mereka yang layak akan mendapat notifikasi “SMS” dan akan diberikan tarikh untuk sesi taklimat kedai runcit yang berdekatan.

CARA PERMOHONAN

  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN KASIH anda di sini SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 65XXXXXXXXXX
  • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

SEMAKAN SENARAI KEDAI PRIHATIN KASIH

Jika anda  layak untuk menerima bantuan ini  anda boleh menyemak senarai kedai yang berdekatan dengan kawasan kediaman anda. Berikut adalah cara semakan untuk mengetahui kedai yang berdekatan :-

  • Pada halaman utama portal terdapat butang Senarai Kedai di bahagian atas  kanan portal.
  • Klik pada butang tersebut.
  • Pada paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk memasukkan daerah anda dan negeri bermastautin.
  • Setelah selesai mengisi maklmulat, tekan butan ”Cari”. Pada waktu ini, akan mendapati senarai semua kedai yang anda boleh tebus untuk membeli barang keperluan.
  • Selamat berjaya!

JUMLAH YANG AKAN DITERIMA

Elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad anda untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan. 

TEMPOH SAH BANTUAN

  • Penerima PRIHATINKasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. 
  • Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. 
  • Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.
Sekian, terima kasih. Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk menghadapi liku-liku pandemik. Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan info ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.