Dah Berkahwin? Mari Cuba Skim Perumahan Belia (BSN) Untuk Miliki Rumah Pertama

 




Ya, adakah anda belia yang berumur 25 tahun - 40 tahun dan dah berkahwin? Sudah bosan duduk rumah sewa dan ingin miliki rumah pertama anda sendiri? Hah, ini ada berita baik untuk anda, kerana terdapat satu skim yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk anda miliki rumah pertama. 

MENGENAI SKIM PERUMAHAN BELIA

Skim ini dikenali sebagai Skim Perumahan Belia (SPB). Skim Perumahan Belia (SPB) ini merupakan satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan. 

Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai skim ini, anda bolehlah memberi tumpuan kepada informasi, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN & FAEDAH

  • Pembelian untuk rumah pertama sahaja 
  • Pasangan hendaklah berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun sahaja 
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan 
  • Bantuan bayaran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama 
  • Dokumen pembiayaan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50%

CARA PERMOHONAN

  • Permohonan ini adalah tertakluk kepada sesiapa yang menghantar permohonan terlebih dahulu. Oleh itu, anda hendaklah bertindak cepat dan boleh menghubungi pihak BSN bagi kenyataan yang lebih lanjut.
  • Anda juga boleh memuat naik borang Permohonan Skim Perumahan Belia (BSN) di sini;- 

  • Hubungi Bank Simpanan Nasional yang paling terdekat dengan anda. 
  • Selamat berjaya!


SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Dokumen yang perlu anda bawa semasa memohon adalah seperti berikut:

(i) Dokumen Penjawat awam atau Pekerja swasta

  • Borang permohonan pinjaman perumahan BSN
  • Salinan Mykad (Kad Pengenalan)
  • Salinan slip gaji
  • Perjanjian SNP (Sales & Purchase Agreement) atau bukti pembayaran deposit rumah
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir
  • Salinan penyata KWSP untuk kakitangan swasta
  • Surat majikan yang mengesahkan pekerjaan anda
  • Borang EA atau Borang EC


(ii) Bekerja sendiri

  • Borang cukai pendapatan (B/BE) dan resit pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN
  • Sijil SSM
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN 

TARIKH BUKA PERMOHONAN : 1 JANUARI 2021 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 DISEMBER 2021

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai skim ini, anda bolehlah menghubungi Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, selain itu anda juga boleh terus pergi ke portal BSN atau terus menghubungi hotline BSN - 1300 88 5465. 

Semoga anda berjaya dan dapat memiliki rumah pertama anda. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Tiada ulasan