eGumis: Cara membuat semakan wang tidak dituntut secara online




Mesti anda tidak perasan kan, sebenarnya ada wang yang anda boleh semak bagi melihat bilangan wang yang anda tidak dituntut. Jadi, bagaimana caranya untuk melihat dan semak wang tidak dituntut ini? Hah, senang sahaja, anda hanya perlu berdaftar dengan eGumis secara on-line. Ini bermaksud anda perlulah membuat pendaftaran kali pertama pada portal berikut. 

Contoh Wang Tidak Dituntut, Via - MyPT3


Mari lihat panduan di bawah bagi menyenangkan anda!

SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA WANG TIDAK DITUNTUT?

Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.

CARA MEMBUAT SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT

  • Pemohon hendaklah membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut: 

  • Daftar diri anda/pengguna secara atas talian. 
  • Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 
  • Setelah selesai, anda perlu mengemaskini maklumat pengguna. 
  • Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat. 

  • Cetak  maklumat wang tidak dituntut tersebut (jika ada)

Anda boleh memuat turun manual pengguna di sini:- 
MANUAL PENGGUNA : MODUL EGUMIS

PERHATIAN !!

TEMPOH AKTIF HANYALAH 6 BULAN SAHAJA

  • Tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS
  • Akaun pengguna akan dinyahaktif secara automatik dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.
  • Maklumat WANG TIDAK DITUNTUT yang terdapat dalam portal eGUMIS hanya mengandungi rekod WANG TIDAK DITUNTUT yang lengkap yang diserahkan oleh syarikat/firma kepada Pendaftar WANG TIDAK DITUNTUT.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan yang lebih lanjut, pemohon Wang Tidak Dituntut bolehlah hadir dimana-mana kaunter Pendaftar Wang Tidak Dituntut ataupun dimana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara. 

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

ATAUPUN HUBUNGI:- 

BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62594 PUTRAJAYA
T: 03-8000 8700
T: 03-8000 8701
T: 03-8000 8702
F: 03-8000 8613 (OPERASI/OPERATION)
F: 03-8000 8611 (PEMATUHAN/COMPLIANCE)

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengetahui bilangan wang tidak dituntut anda. Semoga juga urusan anda turut dimudahkan. 

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Sekian, terima kasih!

Tiada ulasan