Program Subsidi Upah 4.0: Bantuan RM600 untuk pekerja di Malaysia


Terdapat pelbagai suntikan bantuan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, salah satu bantuan adalah pelanjutan Program Subsidi Upah 4.0 dengan beberapa penambahbaikan. 

Sebelum itu, bagi mereka yang tidak tahu, PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. 

PSU ini juga bertujuan untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua jenis perusahaan.


Melalui inisiatif PSU 4.0 ini pula, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, dan tiada had gaji bagi pekerja. 


Haa, menarik kan? Oleh itu bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai PSU 4.0 ini, bolehlah teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah;- 

MAKLUMAT PSU 4.0

Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) merupakan bantuan yang membolehkan premis perniagaan menampung tekanan kos yang dihadapi selama 4 bulan iaitu :- 

  • 2 bulan bagi semua sektor ekonomi (Fasa Kedua) 
  • 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif (Fasa Ketiga) 

KADAR SUBSIDI

Kadar subsidi yang akan diberikan bagi setiap pekerja ialah maksimum RM600.00 


SYARAT-SYARAT PSU 4.0

  • Bagi program subsidi ini, tiada had gaji yang dikenakan. 
  • Bantuan ini adalah terhad kepada 500 orang pekerja sahaja. 
  • Majikan hendaklah memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerjaan. 

CARA PERMOHONAN PSU 4.0

Buat masa ini, tiada maklumat terkini mengenai permohonan PSU 4.0. Namun pun begitu, permohonan bagi subsidi berkemungkinan sama dengan permohonan PSU sebelum ini. 

Mari lihat cara permohonan PSU sebelum ini:- 

Permohonan Program Subsidi Upahboleh dikemukakan secara online di Portal PERKESO
Dokumen yang diperlukan adalah:-

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.
  • *Akuan Pengisytiharan PSU4.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 4.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.
  • Majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja bagi PSU 4.0.
  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Anda juga boleh merujuk tatacara penyemakan dan kemaskini PSU bagi majikan pada info grafik di bawah:- 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini mengenai PSU 4.0, anda bolehlah menghubungi Pegawai  Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000. 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda mendepani cabaran ketikan musim pandemik ini. Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.