Anda Penjawat Awam? Mari miliki rumah pertama dengan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Anda merupakan penjawat awam? Masih mancari rumah pertama dengan harga yang murah? Penat asyik tengok rumah yang bermula harga dengan 4 dan 5? Hah, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ini mungkin solusinya. PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. 

Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Nak tahu lebih lanjut mengenai PPAM ini? Mari lihat maklumat, syarat kelayakan dan juga cara permohonan di bawah:- 

NAMA PROJEK

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) 

HARGA RUMAH

Mengikut Portal Rasmi (PPAM), harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Permohonan ini hanya terbuka untuk mereka yang berkhidmat di bawah:- 

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan 
  • Badan Berkanun Persekutuan 
  • Pihak Berkuasa Tempatan 
  • Perkhidmatan Awam Negeri 
  • Badan Berkanun Negeri 
Selain itu, penjawat-penjawat awam yang bertugas hendaklah :- 

  • Berwarganegara Malaysia 
  • Penjawat Awam (Lantikan tetap ataupun kontrak) 
  • Penjawat Awam yang telah bersara, memiliki skim dan  kad bersara
  • Moratorium 10 tahun disediakan 
  • Boleh memohon lebih dari satu projek 

CARA MEMOHON

    1. Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.

    2. Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.

    3. Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.

    4. Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.     

  • Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:-

  1. Salinan kad pengenalan

  2. Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)

  3. Salinan slip gaji terkini

  4. Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)

  5. Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai projek PPAM ini, anda bolehlah menghubungi:-

CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia


No telefon: +603-8891 4280 / 4012 / 4241
E-mail      : [email protected]

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk memiliki rumah impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak