Bantuan Khas Pengurusan Kematian Akibat Covid-19 RM5,000 secara One-Off

Mengikut Berita Harian, waris kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 sebanyak RM5,000. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memaklumkan bantuan wang tunai secara sekali bayaran itu akan diberikan kepada waris yang memenuhi syarat ditetapkanBagaimanapun, NADMA berkata bantuan itu hanya layak kepada warganegara Malaysia yang menetap di negara ini.

Hanya satu waris saja layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima.

Untuk mengetahui maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan, anda bolehlah meneliti maklumat tersebut di bawah:- 

MAKLUMAT BANTUAN

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Akibat Covid-19 atau Kematian dengan Covid-19 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-10 yang dikeluarkan oleh KKM sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini. 
  • Hanya kematian berkaitan Covid-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati 
  • Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

CARA PERMOHONAN

  • Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak. 
    1. Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hopsital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19 
    2. Salinan sijil kematian 
    3. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Waris si mati) 
    4. Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)          
  • Hantar permohonan yang lengkap melalui pos/email/whatsapp ke NADMA :- 

             Ketua Pengarah 
            Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 

            Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya 
            (u.p : Sekretariat KWABBN) 

        Email         : [email protected] 
        Whatsapp   : www.wasap.my/601113218056

Kami ucapkan semoga permohonan anda diterima, dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban anda sekeluarga. Salam takziah kami ucapkan. 

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak