Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41. Gaji RM2,081.00 – RM9,547.00

Anda berminat untuk menjadi Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41? Hah, ini peluang anda  kerana Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ada membuka lebih dari 10 kekosongan bagi jawatan ini. Oleh itu, bagi graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan dan mempunyai senarai pengkhususan yang diperlukan, anda bolehlah cuba untuk memohon jawatan ini. 

Untuk melihat maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41

GAJI 

RM2,081.00 – RM9,547.00

Kenaikan tahunan: RM225.00 


PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

5 SEPTEMBER 2021 (AHAD) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak