Jawatan Terkini Di Suruhanjaya Koperasi Malaysia – Gaji RM1,493 Sehingga RM5,672

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.


MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Agensi Dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi)

Deskripsi Jabatan

SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi

Lokasi Jabatan 

Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, 
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur


MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan

Penolong Pengurus E29
Deskripsi Tugas

Membantu Pengurus Projek dalam:
i. Memantau, menyelaras dan melaporkan pelaksanaan Pelan Transformasi Koperasi.
ii. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan setiap program/aktiviti utama Pelan
Transformasi Koperasi.
iii. Memantau, menilai dan memastikan keberkesanan penyampaian Pelan Transformasi
Koperasi.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum

a. warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

2. Syarat Akademik

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan; atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; atau

iii. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

Gaji RM1,493 Sehingga RM5,672

Cara Permohonan



Permohonan boleh di buat di laman web SKM

Tarikh Tutup Permohonan

13 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini