Pelbagai Kekosongan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Semak maklumat di sini!


Anda masih mencari pekerjaan dan merupakan anak kelahiran negeri Selangor? Ini ada berita baik untuk anda kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ada membuka beberapa jawatan kosong bagi mereka yang berkelayakan dan sesuai dengan bidang yang disediakan. Oleh itu kepada warganegara Malaysia, anda bolehlah mencuba nasib untuk memohon beberapa jawatan yang baru sahaja dibuka oleh pihak SPN ini. 

Untuk melihat maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan, anda bolehlah meneliti maklumat yang disediakan berikut:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred J41
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 
  • Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 
  • Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon merupakan anak kelahiran negeri Selangor ataupun telah menetap di Selangor selama 15 tahun
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPANS anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

17 OGOS 2021 (SELASA)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak