Jawatan Terkini Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 – Gaji RM1,505 Sehingga RM5,696

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.


MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan

Jabatan Meteorologi Malaysia

Deskripsi Jabatan



Merupakan agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. 

Lokasi Jabatan 

Jabatan Meteorologi Malaysia,Jalan Sultan,46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan

Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.
Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum

a. warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

2. Syarat Akademik

a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. 
b. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
c. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d. Diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Yang Ditawarkan



1. Gaji Permulaan Peringkat STPM : RM1,505 (Gred C29)
2. Gaji Permulaan Peringkat Sijil Bidang Kejuruteraan : RM1,505 (Gred C29)
3. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Kejuruteraan : RM1,858.12 (Gred C29)
4. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Sains Komputer : RM1,858.12 (Gred C29)

Cara Permohonan

Permohonan boleh di buat di laman web SPA

Tarikh Tutup Permohonan

12 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini