Tujuh Belas Jawatan Kosong PERHILITAN. Gaji RM2,084.00 – RM9,551.00

Anda graduan Ijazah Sarjana Muda yang mengambil bidang zoologi ataupun sains perhutanan? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Jangan gusar lagi, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, PERHILITAN  telah membuka lebih 50 kekosongan jawatan bagi Pegawai Hidupan Liar Gred G41.

Oleh itu kepada graduan yang mempunyai bidang bersesuaian, berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Hidupan Liar Gred G41

GAJI 

RM2,084.00 – RM9,551.00

Kenaikan tahunan: RM225.00 

KEKOSONGAN

17 Kekosongan 
40 Simpanan

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

  • Zoologi 
  • Biologi 
  • Sains Perhutanan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Lelaki sahaja
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

02 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak