Tarikh Pembayaran Rasmi i-Citra KWSP Oktober ~ Semak Tarikh Bayaran Sekarang!

Berita baik untuk semua pemohon i-Citra KWSP, pembayaran bagi bulan Oktober ini akan bermula awal bulan.


Berita baik untuk semua pemohon i-Citra KWSP, pembayaran bagi bulan Oktober ini akan bermula awal bulan.

Justeru itu, kami kongsikan maklumat terkini pembayaran kepada anda.

Tarikh Pembayaran i-Citra

Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Citra bagi Oktober akan bermula pada 1 Oktober 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 - 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.



Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra

Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:

Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.

Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.

Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Cara Membuat Semakan Status i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:

  • Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Catat Ulasan

0 Ulasan