Penerima BPR Layak Mohon Jaringan Prihatin ~ Ini Cara Mohon Telefon Percuma


Menurut Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR untuk memohon Program Jaringan Prihatin.

Mereka boleh untuk menebus program sehingga 30 September kerana berikut merupakan tarikh akhir pendaftaran program Jaringan Prihatin.

Lanjutan ini bertujuan untuk memberi ruang dan masa kepada mereka untuk mendaftar dan menebus telefon di kedai secara fizikal.


Semakan Status Lulus Rayuan BPR

Semakan status kelulusan boleh dibuat bermula 18 September lalu di Portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/


Rayuan BPR

Pembayaran rayuan BPR ini melibatkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.



Tarikh Pembayaran Rayuan BPR

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersamaan dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.


Ramai Pemohon Rayuan BPR Diluluskan Permohonannya

Kerajaan memberi ruang kepada golongan yang benar-benar layak untuk mengemukakan rayuan serta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Tengku Zafrul lagi, semua permohonan rayuan yang diterima, diverifikasi semula oleh LHDN dengan data terkini agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan mengikut kategori BPR.

Proses penilaian ini bertujuan bagi memastikan inisiatif bantuan tunai dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan B40 yang memerlukan.


Catat Ulasan

0 Ulasan