Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Minima SPM layak memohon!

Anda gusar dengan pekerjaan? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Agama Islam (JAKIM) ada  membuka pelbagai  kekosongan jawatan (Servis Kontrak) dengan tujuh bidang pelbagai gred kelayakan.

Oleh itu kepada mereka yang  berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah disediakan, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Contract Of Service) sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Contract Of Service) sebagai Penyelia Kafa
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Contract Of Service) sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Contract Of Service) sebagai Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
  • Pemandu Kenderaan Gred H11 (Contract Of Service)
  • Penerbit Rancangan Gred B41 (Contract Of Service)
  • Penerbit Rancangan Gred B19 (Contract Of Service)

GAJI 

Gaji adalah berdasarkan kelayakan pada gred jawatan. Sila semak syarat-syarat kelayakan minima untuk melihat jadual gaji. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai Sijil PMR/SPM/STAM/Sijil/Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang bersesuaian dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi
    hendaklah tepat, terkini dan masih aktif. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS) 11.59 MALAM 

KETERANGAN LANJUT

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada: 

Unit Kontrak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM :- 

03-8870 7614 / 03-8870 7617 / 03-8870 7637

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak