Ini Cara Mohon Rumah PPR Bayaran RM124 Sebulan ~ Untuk Keluarga Terjejas COVID-19!


Untuk mereka rakyat Malaysia yang terjejas dan tidak mempunyai kediaman dan tempat berteduh akibat COVID-19 ini, terdapat satu inisiatif baru untuk anda yang memerlukan bantuan rumah tempat berteduh. Melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) anda boleh untuk memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia  rumah IKRAM KPKT.
Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

Manfaat Rumah IKRAM KPKT

Mereka yang layak akan menghuni rumah PPR yang terlibat dan diberikan sewa percuma selama 6 bulan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.

Ciri-Ciri Rumah PPR

Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR yang akan ditawarkan menerusi Rumah IKRAM KPKT:

1. Rumah yang terletak di kawasan bandar besar adalah jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

2. Rumah di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres

3. Keluasan rumah tidak kurang daripada 700 kaki persegi

4. Binaan rumah terdiri daripada
  • 3 bilik tidur
  • 1 ruang tamu
  • 1 ruang dapur
  • 2 bilik air.
5. Kemudahan asas yang disediakan:
  • Dewan komuniti / ruang orang ramai
  • Surau / ruang solat
  • Gerai makan / ruang niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan / kawasan lapang
  • Rumah sampah
6. Kadar sewa minimum yang ditawarkan adalah RM124 sebulan

Senarai PPR Terlibat

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 1,000 unit ditawarkan melalui inisiatif ini. Sebagai permulaan, berikut adalah senarai PPR yang terlibat di bawah Rumah IKRAM KPKT:
  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

Syarat Permohonan Rumah IKRAM KPKT

Mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi KPKR di talian 03-8891 4139 / 4138 atau emel ke [email protected] atau [email protected]