TERKINI: Tarikh Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19


Baru sahaja kelmarin, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa Bantuan Khas Covid-19 akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada awal bulan September. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menyatakan tarikh spesifikasi bagi waktu dan tarikh pembayaran fasa 1 bagi bantuan ini. 

Bantuan ini merupakan inisiatif PEMULIH bertujuan untuk meringankan beban rakyat bagi mendepani cabaran ketika pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Oleh itu, tanpa berlengah lagi marilah kita melihat teliti maklumat pengkreditan pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC). 

KATEGORI PENERIMA BKC

MISKIN TEGAR & B40   = Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan :

ISI RUMAH       : RM5000 dan ke bawah
WARGA EMAS : RM5000 dan ke bawah 
BUJANG           : RM2500 dan ke bawah

M40 = Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan 

ISI RUMAH : RM5001- RM9000 
BUJANG     : RM2501 - RM5000

FASA PEMBAYARAN BKC

Untuk fasa 1 ini, pembayaran bagi BKC adalah bermula pada 6 SEPTEMBER 2021 - 10 SEPTEMBER 2021, pembayaran ini juga dilakukan secara berperingkat.

ISI RUMAH

  • Miskin tegar : RM500
  • B40               : RM200 
  • M40              : RM200

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • Miskin tegar  : RM200
  • B40               : RM200 
  • M40              : RM100

BUJANG

  • Miskin tegar  : RM200
  • B40               : RM200 
  • M40              : RM100


Untuk fasa ke 2 pula, bulan jangkaan bagi pengkreditan BKC adalah pada bulan November 2021, untuk fasa ke 2 ini, hanya golongan isi rumah (miskin tegar dan golongan B40 sahaja), warga emas sebatang kara (miskin tegar) dan juga bujang (miskin tegar) yang akan mendapatkan bantuan lanjutan:- 

ISI RUMAH

  • Miskin tegar : RM500
  • B40               : RM300 

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • Miskin tegar : RM300

BUJANG

  • Miskin tegar : RM300

Bagi fasa 3 pula, hanya isi rumah dalam golongan miskin tegar sahaja yang akan mendapatkan bantuan BKC ini. Masa jangkaan tarikh pengkreditan adalah sekitar Disember 2021. 

ISI RUMAH

  • Miskin tegar : RM300


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, anda bolehlah menghubungi :- 

1800 - 88 - 2747 
bpr@treasury.gov.my

atau 

Layari web portal Bantuan Khas Covid-19

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan untuk anda. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan