BKSS 7.0: Bantuan Tambahan RM3,000 One-Off Untuk Peniaga


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengumumkan dua bantuan tambahan kepada Industri Kecil dan Sederhana (SME) dan Perusahaan Mikro (Micro Enterprises) yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Mac 2021.

Bantuan One-Off RM3,000 Perusahaan Mikro

Menurut beliau, kerajaan negeri akan memberi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 dan ia akan memberi manfaat kepada 24,600 perusahaan mikro di Sarawak.
“Kerajaan Sarawak juga akan menyediakan Khas Sarawakku Sayang sebanyak RM3,000 untuk perusahaan mikro di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Mac 2021.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Secara Simbolik Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 7.0) dan Pengumuman Bantuan BKSS 7.0 Plus di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Khamis.

Bantuan RM10,000 Untuk SME

Beliau juga menambah, manakala bagi bantuan kewangan sebanyak RM10,000 untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME) yang aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO pula dilanjutkan dari 31 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.
Justeru, beliau berharap langkah-langkah ini akan meringankan beban kewangan kepada komuniti perniagaan dan membolehkan mereka bergerak ke hadapan dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.
Terdahulu, Ketua Menteri telah menyampaikan Bantuan Kewangan secara simbolik sebanyak RM10,000 kepada pihak industri kecil dan sederhana di bawah program BKSS 7.0.