Ini Cara Mudah Tebus Nombor Baucar BKC Di Bank ~ Tebus Sekarang!

Ramai yang menghadapi masalah untuk menebus baucar BKC Covid-19. Ada penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan ada penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun mempunyai akaun bank.



Ramai yang menghadapi masalah untuk menebus baucar BKC Covid-19. Ada penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan ada penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun mempunyai akaun bank.

Justeru itu, solusi kepada masalah ini adalah dengan menebus nombor baucar di bank. Kami kongsikan cara mudah untuk anda membuat penebusan nombor baucar BKC.

Maklumat Penting Nombor Baucar/Siri BKC

Nombor baucar ini diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC atau tidak mempunyai akaun bank.
Nombor baucar ini hanya boleh ditunaikan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dan yang paling penting, anda perlu membawa kad pengenalan ketika ingin ke mana-mana cawangan BSN bagi menebus BKC.

Penebusan Baucar BKC Melalui Wakil

Penebusan Baucar BKC boleh dilakukan melalui wakil yang telah didaftarkan dengan membawa dokumen tertentu ke BSN, antara dokumen tersebut:
  • Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) penerima BKC
  • Kad pengenalan / pasport asal wakil
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima BKC dan wakil (asal atau salinan)

Maklumat lanjut mengenai penebusan baucar melalui wakil, anda boleh KLIK SINI

Cara Mudah Semak Nombor Baucar BKC

  • Buka laman web rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak
  • Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan
  • Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No. Baucar” / Siri
  • No Baucar akan dipaparkan dan akan ditunjukkan kepada pegawai BSN ketika membuat penebusan.

Info Tambahan Baucar BKC

Penerima boleh terus hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat..
Paling penting sekali ketika membuat penebusan, bawa kad pengenalan dan nombor siri/baucar.

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkenaan BKC, anda boleh rujuk portal rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx? atau menghubungi LHDNM di 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)