BKM: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Untuk Keluarga, Bujang & Warga Emas

Melalui Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan bantuan tunai tertinggi sebanyak RM2,000 berbanding sebelum ini dimana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan RM1,800.  Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Melalui Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan bantuan tunai tertinggi sebanyak RM2,000 berbanding sebelum ini dimana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan RM1,800.

Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Jumlah Bantuan BKM 2022

Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan diberi berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:

  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Pendapatan Rm5,000 dan kebawah:

  • RM600

Bujang Pendapatan RM2,500 dan kebawah sebulan:

  • RM350



Tarikh Pembayaran BKM

Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Kami dari Blog Rojak akan memberi info dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.


Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/


FAQ BKM



Catat Ulasan

0 Ulasan