Perodua Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Percuma Kenderaan Mangsa Banjir

Kuala Lumpur: Perodua akan menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih serta pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.


Kuala Lumpur: Perodua akan menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih serta pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Malah, pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan tunda kereta sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.


"Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan sehingga 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan nilai tambah ini disediakan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu.

"Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.


"Alat ganti tulen kami dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan kami meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka," katanya.

Alat ganti ini merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.

Pelanggan Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).


Sumber: hmetro

Catat Ulasan

0 Ulasan