Tarikh & Senarai Bantuan Yang Disalurkan Disember Ini

Tahukah anda? Pelbagai jenis bantuan telah disalurkan dan akan disalurkan sehingga penghujung tahun 2021 dan bulan Disember adalah bulan terakhir dimana pelbagai jenis bantuan akan dibayar.  Berikut kami kongsikan senarai bantuan yang akan diterima pada bulan Disember ini berserta maklumat berkaitan bantuan tersebut.


Tahukah anda? Pelbagai jenis bantuan telah disalurkan dan akan disalurkan sehingga penghujung tahun 2021 dan bulan Disember adalah bulan terakhir dimana pelbagai jenis bantuan akan dibayar.

Berikut kami kongsikan senarai bantuan yang akan diterima pada bulan Disember ini berserta maklumat berkaitan bantuan tersebut.


Senarai Bantuan Bulan Disember


1. i-Citra RM1,000

KWSP sudah mengesahkan bahawa pembayaran i-Citra akan dikreditkan pada 1 Disember 2021. Ini adalah bayaran terakhir selepas 5 bulan ia dilaksanakan.


2. Bantuan Khas C19 (BKC) Fasa 3

Seperti yang diketahui umum, pembayaran BKC akan melibatkan 3 fasa dan bulan Disember adalah fasa terakhir pembayaran BKC. 

Setakat ini tiada tarikh rasmi bilakah bayaran akan dikreditkan namun apa yang pasti ia akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung Disember.

Jumlah bayaran yang akan diberikan pada BKC Fasa 3 ini adalah sebanyak RM300.


3. Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan JKM adalah bantuan yang diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak dan bayaran bantuan bagi bulan Disember telah diawalkan pada 25 - 30 November 2021.

Pihak JKM juga ada menyatakan bahawa bayaran bantuan bagi bulan Januari akan mula disalurkan pada 1 - 10 Januari 2022.


4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pekebun kecil getah di seluruh negara yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil getak yang kekurangan hasil akibat musim tengkujuh. 

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah berjumlah RM600 dan akan dibayar dalam 2 fasa iaitu:

  • Bulan November: RM300
  • Bulan Disember: RM300

SUMBER: Kerjasemasa

Catat Ulasan

0 Ulasan