Bantuan RM1,200 Setahun Untuk Ibu Tunggal

Tahukah anda sebuah laman web khusus telah dibangunkan khas untuk mengumpul data wanita dan ibu tunggal di negeri Sabah. Ini adalah sebagai usaha untuk membantu para ibu tunggal di Sabah.


Tahukah anda sebuah laman web khusus telah dibangunkan khas untuk mengumpul data wanita dan ibu tunggal di negeri Sabah. Ini adalah sebagai usaha untuk membantu para ibu tunggal di Sabah.


Kategori Ibu Tunggal

Berikut merupakan senarai ibu tunggal yang layak untuk menerima bantuan ini:

  • Bercerai
  • Kematian Suami
  • Diabaikan tanpa nafkah
  • Mempunyai anak / anak angkat berdaftar
  • Mempunyai suami yang sakit dan tidak boleh berkerja


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  • Buka laman web WISE Sabah di https://wise.sabah.gov.my/
  • Klik "DAFTAR" sekirangan anda pemohon baru
  • Isikan nombor kad pengenalan, nama penuh dan emel
  • Klik " DAFTAR"
  • Muat naik dokumen yang diperlukan seperti di bawah
  • Pendaftaran berjaya


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan bantuan ini:

  1. Bercerai - Sijil Perceraian
  2. Kematian Suami - Sijil Kematian dan Sijil Kahwin / Sijil Kelahiran Anak
  3. Diabaikan Tanpa Nafkah - Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
  4. Mempunyai anak / anak angkat yang berdaftar - Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan seperti di atas dan sijil lahir anak / Surat pengambilan anak angkat
  5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja - Sijil kahwin dan surat pengakuan keuzuran suami daripada hospital kerajaan

Catat Ulasan

0 Ulasan